Laman

Sunday, October 30, 2011

Contoh Pantun Melayu Klasik

Kumpulan contoh pantun melayu klasik. Dalam kehidupan masyarakat Melayu sehari-hari, pantun merupakan jenis sastra lisan yang paling populer. Penggunaannya hampir merata di setiap kalangan: tua-muda, laki-laki-perempuan, kaya miskin, pejabat-rakyat biasa dst. Dalam prkatiknya, pantun ini diklasifikasi ke dalam beberapa jenis yaitu: Pantun Nasihat, Pantun Berkasih Sayang, Pantun Suasana Hati, Pantun Pembangkit Semangat, Pantun Kerendahan Hati, Pantun Pujian, Pantun Teka-teki, Pantun Terhadap Perempuan, dan Pantun Jenaka.

Pantun juga berfungsi sebagai bentuk interaksi yang saling berbalas, baik itu dilakukan pada situasi formal maupun informal. Pantun pada masyarakat Melayu mengalir berdasarkan tema apa yang tengah diperbincangkan. Ketika seseorang mulai memberikan pantun, maka rekan lainnya berbalas dengan tetap menjaga tali perbincangan. Dalam interaksi pantun berbalas ini berlatar belakang pada situasi formal maupun situasi informal. Pada situasi formal semisal ketika meminang atau juga membuka sebuah pidato, sedangkan pada situasi informal seperti perbincangan antar rekan sebaya.

Pantun adalah genre sastra tradisional yang paling dinamis, karena dapat digunakan pada situasi apapun. Sebagaimana dikatakan bahwa: 

“Di mana orang berkampung disana pantun bersambung. Di mana ada nikah kawin disana pantun dijalin. Di mana orang berunding di sana pantun bergandeng. Dimana orang bermufakat di sana pantun diangkat. Di mana ada adat dibilang, di sana pantun diulang. Di mana adat di bahas di sana pantun dilepas”.

Karena itu tidak pandang latar belakang apapun, pantun dapat digunakan baik untuk anak-anak, orang muda maupun orang tua. 

Adapun beberapa klasifikasi berbagai pantun antara lain berupa :
     
1. Pantun Nasihat
a. Pantun Nasihat agama
b. Pantun Nasihat adat

2. Pantun Berkasih Sayang
a. Pantun Berkenalan
b. Pantun Saling Berjanji
c. Pantun Perceraian/Perpisahan
d. Pantun Memendam Rindu
e. Pantun Putus Cinta
f. Pantun Kasih Tak Sampai
g. Pantun Berangan-angan

3. Pantun Suasana Hati
a. Pantun Sukacita
b. Pantun Dukacita

4. Pantun Pembangkit Semangat
a. Pantun Pembangkit Semangat
b. Pantun Pembangkit Keberanian
c. Pantun Pembangkit Semangat Hidup

5. Pantun Kerendahan Hati
a. Pantun Kerendahan Hati pada Ilmu Pengetahuan 
b. Pantun Kerendahan Hati pada Harta

6. Pantun Pujian
a. Pantun Pujian Kepada Allah
b. Pantun Pujian Kepada Muhammad
c. Pantun Pujian Kepada Orang Tua
d. Pantun Pujian Kepada Pemimpin

7. Pantun Teka-Teki
a. Pantun Teka-Teki dengan Obyek Alam Sekitar
b. Pantun Teka-Teki Perangkat Pembantu Manusia

8. Pantun Terhadap Perempuan
a. Pantun Perempuan Bersimbol Bunga
b. Pantun Perempuan Bersimbol Burung
c. Pantun Perempuan Bersimbol Warna Kulit
d. Pantun Perempuan Bersimbol Batu Permata
e. Pantun Perempuan dalam Simbol Cakrawala

9. Pantun Jenaka
a. Pantun Sindir-Menyindir
b. Pantun Mengolok-olok Badan
c. Pantun Kepandiran dan Kegagapan Diri
d. Pantun Kelakar Terhadap Isteri
e. Pantun Kelakar Terhadap Suami
f. Pantun Kelakar Terhadap Mertua
g. Pantun Kelakar Terhadap Janda

10. Pantun Ajaran Budi Terhadap Perempuan
a. Pantun Isteri Salehah
b. Pantun Perempuan Menjaga Marwah
c. Pantun Perempuan Elok Luar Dalam

11. Pantun Terhadap Laki-Laki
a. Pantun Gagah Berani
b. Pantun Tidak Pendek Akal
c. Pantun Tidak Pengecut
d. Pantun Tidak Malas Bekerja

12. Pantun Kepemimpinan
a. Pantun Pemimpin Berpendirian Teguh
b. Pantun Pemimpin Menjadi Pelindung
c. Pantun Pemimpin Adil
d. Pantun Pemimpin Amanah

13. Pantun dalam Prosesi Pernikahan
a. Pantun untuk Merisik
b. Pantun untuk Meminang
c. Pantun dalam Prosesi Akad Nikah
d. Pantun di Hari Persandingan
e. Pantun di Malam Pertama

Berikut adalah beberapa contoh pantun melayu riau

Apa guna memakai kasut
Dilangkah akan betis kiri
Apa guna ilmu dituntut
Kalau tidak membantu diri.

Suluh-menyuluh Teluk Emas
Panas sejuk angin utara
Ribut taufan baik berkemas
Antara belum jadi sengsara.

Baik-baik berlayar malam
Arus deras karangnya tajam
Cari-cari mualim yang faham
Di situ banyak kapal tenggelam.

Lancang kuning kapal pusaka,
Kisah sedih kekejaman raja.
Walau kering selat melaka,
Budi mu tuan tidak dilupa.

Burung merpati hinggap di laman,
Cenderawasih tinggi di awan.
Tabahkan hati tetapkan iman,
Tak akan hilang arah tujuan.

Ikan berenang ke dalam lubuk,
Ikan belida dadanya panjang.
Adat pinang pulang ke tampuk,
Adat sireh pulang ke gagang.

Pengawal istana memegang tombak,
Puteri raja duduk berinai.
Kalau takut dilambung ombak,
Jangan berumah di tepi pantai.

contoh pantun melayu klasik
Sirih berlipat sirih pinang 
Sirih dari Pulau Mutiara 
Pemanis kata selamat datang 
Awal Bismillah pembuka bicara 

Tetak buluh panjang suluh 
Mari jolok sarang penyengat 
Angkat doa jari sepuluh 
Doa minta biar selamat 

Tuailah padi antara masak 
Esok jangan layu-layuan 
Intailah kami antara nampak 
Esok jangan rindu-rinduan 

Hendak dulang diberi dulang 
Dulang berisi sagu mentah 
Hendak pulang ku beri pulang 
Tinggalkan pantun barang sepatah 

Lancang kuning lancang pusaka 
Nampak dari Tanjung Puan 
Kalau kering laut Melaka 
Barulah saya lupakan tuan 

Asam kandis mari dihiris 
Manis sekali rasa isinya 
Dilihat manis dipandang manis 
Lebih manis hati budinya 

Ayam hutan terbang ke hutan 
Tali tersangkut pagar berduri 
Adik bukan saudara bukan 
Hati tersangkut kerana budi 

Ayam rintik di pinggir hutan 
Nampak dari tepi telaga 
Nama yang baik jadi ingatan 
Seribu tahun terkenang juga 

Bila memandang ke muka laut 
Nampak sampan mudik ke hulu 
Bila terkenang mulut menyebut 
Budi yang baik ingat selalu 

Burung Serindit terbang melayang 
Mari hinggap di ranting mati 
Bukan ringgit dipandang orang 
Budi bahasa rangkaian hati 

Bukan lebah sebarang lebah 
Lebah bersarang di pohon kayu 
Bukan sembah sebarang sembah 
Sembah adat pusaka Melayu 

Bukan lebah sebarang lebah 
Lebah bersarang di rumpun buluh 
Bukan sembah sebarang sembah 
Sembah menyusun jari sepuluh 

Laksamana berempat di atas pentas 
Cukup berlima dengan gurunya 
Bagaikan dakwat dengan kertas 
Sudah berjumpa dengan jodohnya 

Membeli papan di tengah pekan 
Papan kecil dibuat tangkal 
Mengapa umpan ikan tak makan 
Adakah kail panjang sejengkal 

Rumah limas anjung Selatan 
Bunga kemuning tumbuh di laman 
Tangkainya emas bunganya intan 
Bolehkah ranting hamba patahkan 

Tumbuh betik di tepi laman 
Pokok berangan pokok teruntum 
Sungguh cantik bunga di taman 
Bolehkah gerangan petik sekuntum 

Asam kandis asam gelugur 
Ketiga asam si riang-riang 
Menangis mayat di pintu kubur 
Teringat badan tidak sembahyang 

Baik-baik menanam selasih 
Jangan menimpa sipohon sena 
Baik-baik memilih kekasih 
Jangan sampai badan merana 

Baik-baik mengail tenggiri 
Takut terkena siikan parang 
Baik-baik merendah diri 
Jangan menjadi hamba orang 

Bintang tujuh sinar berseri 
Bulan purnama datang menerpa 
Ajaran guru hendak dicari 
Mana yang dapat janganlah lupa 

Buah mangga melendur tinggi 
Buah kuini berangkai tiga 
Hidup kita tidur dan mati 
Sudah mati baru terjaga 

Buat bangsal di Pulau Daik 
Menahan taut sambil mengilau 
Kalau asal benih yang baik 
Jatuh ke laut menjadi pulau 

Budak-budak bermain tombak 
Tombak diikat dengan rantai 
Kalau takut dilambung ombak 
Jangan berumah di tepi pantai 

Halia ini tanam-tanaman 
Ke barat juga akan condongnya 
Dunia ini pinjam-pinjaman 
Akhirat juga akan sungguhnya 

Hari panas mencucuk benang 
Benang menjahit baju kebaya 
Air jernih lubuknya tenang 
Jangan disangka tiada buaya 

Kalau tahu peria tu pahit 
Tidak ku gulai dengan petola 
Kalau tahu bercinta tu sakit 
Tidak ku mulai dari semula 

Kalau tuan pergi ke Kelang 
Belikan saya semangkuk rojak 
Jangan diturut resmi kiambang 
Sungguhpun hijau akar tak jejak 

Pisang kelat digonggong helang 
Jatuh ke lubuk di Indragiri 
Jika berdagang di rantau orang 
Baik-baik menjaga diri 

Asap api embun berderai 
Patah galah haluan perahu 
Niat hati tak mahu bercerai 
Kehendak Allah siapa yang tahu 

Air dalam bertambah dalam 
Hujan di hulu belumlah teduh 
Hati dendam bertambah dendam 
Dendam dahulu belumlah sembuh 

Anak punai anak merbah 
Hinggap ditonggak mencari sarang 
Anak sungai lagikan berubah 
Inikan pula hati orang 

Apa guna pasang pelita 
Jika tidak dengan sumbunya 
Apa guna bermain kata 
Kalau tidak dengan sungguhnya 

Buah kuini jatuh tercampak 
Jatuh menimpa bunga selasih 
Biar bertahun dilambung ombak 
Tidak ku lupa pada yang kasih 

Kajang tuan kajang berlipat 
Kajang hamba mengkuang layu 
Dagang tuan dagang bertempat 
Dagang hamba terbuang lalu 

Buah jambu disangka kandis 
Kandis ada di dalam cawan 
Gula madu disangka manis 
manis lagi senyuman tuan 

Dari Arab turun ke Aceh 
Naik ke Jawa berkebun serai 
Apa diharap pada yang kasih 
Badan dan nyawa lagi bercerai 

Bunga Melati terapung-apung 
Bunga rampai di dalam puan 
Rindu hati tidak tertanggung 
Bilakah dapat berjumpa tuan 

Burung Merak terbang ke laut 
Sampai ke laut mengangkut sarang 
Sedangkan bah kapal tak hanyut 
Inikan pula kemarau panjang 

Bunga Melur kembang sekaki 
Mari dibungkus dengan kertas 
Di dalam telur lagi dinanti 
Inikan pula sudah menetas 

Dalam perlak ada kebun 
Dalam kebun ada tanaman 
Dalam gelak ada pantun 
Dalam pantun ada mainan 

Dari Jawa ke Bengkahulu 
Membeli keris di Inderagiri 
Kawan ketawa ramai selalu 
Kawan menangis seorang diri 

Dari teluk pergi pangkalan 
Bermain di bawah pohon kepayang 
Saya umpama habuk di papan 
Ditiup angin terbang melayang 

Daun selalsih di Teluk Dalam 
Batang kapas Lubuk Tempurung 
Saya umpama si burung balam 
Mata terlepas badan terkurung 

Orang Melayu naik perahu 
Sedang berdayung hujan gerimis 
Hancur hatiku abang tak tahu 
Mulut tertawa hati menangis 

Orang tani mengambil nipah 
Hendak dibawa ke Indragiri 
Seluruh alam ku cari sudah 
Belum bersua pilihan hati 

Pasir putih di pinggir kali 
Pekan menyabung ayam berlaga 
Kasih tak boleh dijual beli 
Bukannya benda buat berniaga 

Ribu-ribu pokok mengkudu 
Cincin permata jatuh ke ruang 
Kalau rindu sebut namaku 
Airmata mu jangan dibuang 

Kalau roboh kota Melaka 
Sayang selasih di dalam puan 
Kalau sungguh bagai dikata 
Rasa nak mati di pangkuan tuan 

Limau purut lebat di pangkal 
Batang mengkudu condong uratnya 
Hujan ribut dapat ditangkal 
Hati yang rindu apa ubatnya 

Kalau menyanyi perlahan-lahan 
Dibawa angin terdengar jauh 
Rindu di hati tidak tertahan 
Di dalam air badan berpeluh 

Ku sangka nanas atas permatang 
Rupanya durian tajam berduri 
Ku sangka panas hingga ke petang 
Rupanya hujan di tengahari 


Kayuh perahu sampai seberang 
Singgah bermalam di kampung hulu 
Bukan tak tahu dunia sekarang 
Gaharu dibakar kemenyan berbau 

lembing atas tangga 
perisai atas busut 
kening atas mata 
misai atas mulut 

anak ikan dipanggang sahaja 
hendak dipindang tidak berkunyit 
anak orang dipandang sahaja 
hendak dipinang tiada berduit 

saya tak hendak berlesung pauh 
lesung pauh membuang padi 
saya tak hendak bersahabat jauh 
sahabat jauh merisau hati 

burung serindit terbang melayang 
singgah dihinggap di ranting mati 
duit ringgit dipandang orang 
jarang dipandang bahasa budi 

batu sangkar batu berpahat 
terpahat nama raja bestari 
makanan arif, kias ibarat 
pantun seloka, ulam jauhari 

daun durian jatuh tercampak 
lopak-lopak isi selasih 
tujuh tahun dilambung ombak 
tiada kulupa hati yang kasih 

Anak Cik Siti mencari tuba 
Tuba dicari di Tanjung Jati 
Di dalam hati tidakkan lupa 
Bagai rambut tersimpul mati 

Limau purut di luar pagar 
Rimbun putik dengan bunganya 
Hujan ribut padang terbakar 
Embun setitik padam apinya 

Puas saya bertanam ubi 
Nanas jugak dipandang orang 
Puas saya menabur budi 
Emas juga dipandang orang 

Tenang-tenang air di laut 
Sampan kolek mudik ke tanjung 
Hati terkenang mulut menyebut 
rindu kini tiada penghujung 

Tinggi-tinggi pohon jati 
Tempat bermain simanja sayang 
Sungguh tinggi harga budi 
Budi dibalas kasih dan sayang 

Bunga Tanjung kembang semalam 
Pohon tinggi tidak berduri 
Gelombang besar di laut dalam 
Kerana Tuan saya kemari 

Burung merpati terbang seribu 
Hinggap seekor di tengah laman 
Hendak mati di hujung kuku 
Hendak berkubur di tapak tangan 

Dari mana hendak ke mana 
Tinggi rumput dari padi 
Hari mana bulan mana 
Dapat kita berjumpa lagi 

Padi ini semumba-mumba 
Daun kurma daun cempedak 
Macam mana hati tak hiba 
Entah bertemu entah tidak 

Permata jatuh ke rumput 
Jatuh ke rumput berbilang-bilang 
Dari mata tidakkan luput 
Dalam hati tidakkan hilang 

Akar keladi melilit selasih 
Selasih tumbuh di hujung taman 
Kalungan budi jujungan kasih 
Mesra kenangan sepanjang zaman 

Ayam rintik di pinggir hutan 
Nampak dari tepi telaga 
Nama yang baik jadi ingatan 
Seribu tahun terkenang juga 

Anak beruk di tepi pantai 
Pandai melompat pandai berlari 
Biar buruk kain dipakai 
Asal hidup pandai berbudi 

 Kiri jalan kanan pun jalan 
Tengah-tengah pohon mengkudu 
Kirim jangan pesan pun jangan 
Sama-sama menanggung rindu 

Mendung si mega mendung 
Mendung datang dari utara 
Jangan selalu duduk termenung 
Kalau termenung badan merana 

Pohon mengkudu tumbuhnya rapat 
Rapat lagi pohon jati 
Kawan beribu mudah didapat 
Sahabat setia payah dicari 

Pokok terap tumbuh di bukit 
Belat berbanjar panjang ke hulu 
Jangan diharap guruh di langit 
Kilat memancar hujan tak lalu 

Sampan kotak hilir mudik 
Dayung patah galah sebatang 
Ikhtiar tidak datang menggolek 
Akal tidak datang melayang 

Siti Wan Kembang perintah Kelantan 
Nama termasyhur zaman dahulu 
Baik-baik memilih intan 
Takut terkena kaca dan batu 

Buah langsat kuning mencelah 
Senduduk tidak berbunga lagi 
Sudah dapat gading bertuah 
Tanduk tidak berguna lagi 

Dua paya satu perigi 
Seekor bujuk anak haruan 
Tuan di sana saya di sini 
Bagai pungguk rindukan bulan 

Gesek rebab petik kecapi 
Burung tempua membuat sarang 
Apa sebab jadi begini 
Karam berdua basah seorang ? 

Hendak gugur gugurlah nangka 
Jangan menimpa putik pauh 
Hendak tidur tidurlah mata 
Jangan mengenang si dia yang jauh 

Kain batik negeri seberang 
Dipakai anak Tanah Melayu 
Apa ertinya kasih dan sayang 
Kalaulah abang berjanji palsu 

Pantai Cendering pasirnya putih 
Anak dagang berulang mandi 
Apa disesal orang tak kasih 
Sudah suratan diri sendiri 

Disana pauh di sini pun pauh 
Daun mengkudu ditandungkan 
Adinda jauh kekanda jauh 
Kalau rindu sama tanggungkan 

Pulau Tinggi terendak Cina 
Nampak dari Pulau Sibu 
Abang pergi janganlah lama 
Tidak kuasa menanggung rindu 

Putik pauh delima batu 
Anak sembilang di tapak tangan 
Tuan jauh di negri satu 
Hilang di mata di hati jangan 

Penelusuran yang terkait dengan contoh pantun melayu :
contoh pantun bahasa melayu, koleksi pantun melayu klasik, koleksi pantun melayu lama, koleksi pantun perkahwinan melayu, koleksi pantun melayu, pantun melayu, contoh pantun melayu, pantunmelayu

No comments:

Post a Comment